Jasamu kukenang

Pada minggu lepas balik lah umah, masalh kewangan yang aku hadapi sekarang buatkan diri aku sentiasa moody dan tension gak lah.  Pada masa yang sama, laptop pulak rosak...IIIIssshh makin tension lah aku, ada gak satu ari tue pasal kesempitan duit aku jadi moody sampai orang nak mesej pun aku x layan.

Alhamdulilah, balik umah famili bagi sikit duit belanja...
Rasa tertekan tu berkurang lah sedikit...
Terharunya aku apabila emak ayah kita sanggup berhempas pulas cari rezeki dan memberikn wang belanja sedangkan duit itu untuk keperluan lain...emak yah tentu akan dahulukan anaknya daripda perkara yang lain.
Baru aku sedar besarnya pengorbanan emak ayah bagi memastikan anak-anak dapat pendidikan yang sempurna..tapi kadang-kadang kita sebagai anak terlupa jasa orang tua kita
Kita pinggirkan mereka apabila kita sudah berjaya, ada kewangan yang stabil, ada keluarga sendiri sehingga kita lupa akan jasa orang tua yang telah banyak berjasa untuk kita..

Wahai anak, sedarlah bahawa pengorbanan orang tuamu sangat besar dan jangan lah memperlekehkannya apabila kamu sudah berjaya kelak
Orang tuamu tidak meminta jasa mereka dibayar dengan wang ringgit tapi cukup lah sekadar disayangi, dihormati dan diberi perhatian selama mereka masih hidup...
Aku juga ingatkan diriku yang sentiasa leka dan alpa..

Mungkin aku x mampu nak hadiahkan sebuah mesin basuh sempena hari lahir kedua orang tuaku tapi hanya yang mampu doa daripada anakmu dan kek sebagai tanda kasih sayang daripada anakmu ini...NORHANI...


No comments:

Post a Comment