~Remaja zaman ini~

Alangkah sedihnya melihat remaja zaman kini yang semakin hanyut. Boleh kah mereka2 ini memimpin sebuah rumah tangga sekiranya sudah berkahwin kelak???????

Jujur lah yang aku sebenarnya sedih melihat perkara seperti ini kian berlaku...Di Ipoh, minuman keras yang menjadi pilihan remaja dan belia zaman kini dipanggil ‘tonik gila’ atau ‘samsu setan’. ianya terkenal kerana boleh dibeli dengan harga yang murah dan didapati di kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina.

Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu.

Minuman keras ini dijual pada RM3.30 sebotol tetapi boleh mendatangkan kesan yang mujarab dengan minum 4 teguk sahaja berbanding arak yang dijual di tin. Biasanya orang yang berpendapatan rendah, siapa yang mengamalkan seks dan penagih dadah yang akan membeli minuman ini. 

Kesan nya, menderita disebabkan penyakit hipetatis atau bengkak hati disebabkan kandungan alkohol yang tinggi. Selain itu, kerap muntah darah, pitam dan buang air bercampur darah. Masyaallah, xpasal2 menderita lepas minum air ni. 

Peringatan : jangan lah bercampur dengan rakan yang kita tak tahu asal usulnya takut memuratkan diri di belakang hari. Sekali terjebak bukan mudah untuk berpatah kembali.

3 comments:

  1. kenapala mereka sanggup minum air yg memudaratkan mcm tu ek..
    menzalimi diri sendiri :(

    ReplyDelete
  2. sebab murah dan leh releasekan tension kot

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu..syg sungguh kalau remaja mcm 2 skunk...dwb bakal pemimpin negara ini tok masa depan.......uhuhuhuhuh

    ReplyDelete