Dibelenggu masalah keputihan

                                     Keputihan adalah sejenis penyakit yang mudah
                                  dijangkiti oleh kaum wanita. 
                       Tempat yang dijangkiti adalah pada
                                                bahagian genital (vagina) kaum wanita.Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria ataupun jangkitan kulat. 
Pada masa sekarang, 
rawatan yang biasa adalah menggunakan ubat sintetik. 
Masalah kepada rawatan ini adalah ia tidak kekal.

Mungkin seminggu sahaja ia dapat bertahan 
selepas itu jangkitan itu datang kembali. 
Tidak ramai yang mengetahui cara 
yang efektif untuk merawat jangkitan ini.
Apa yang ditekankan dalam ebook rawat keputihan ini 
adalah rawatan yang bermula dari 
akar umbi supaya jangkitan tidak berulang berlaku. 
Seperti yang kita ketahui keputihan adalah satu jangkitan 
yang disebabkan oleh bakteria ataupun 
kulat yang sering dijangkiti oleh kaum wanita.

Keputihan boleh dikenalpasti dengan terdapat lelehan
 berwarna putih atau kuning kehijauan 
yang keluar dari vagina/faraj wanita.
 Lelahan ini akan disertai oleh bau yang kurang menyenangkan 
serta membawa kegatalan kepada
 alat sulit seseorang wanita itu.
 Ramai yang tidak tahu, sebenarnya keputihan
 ini merupakan salah satu faktor mengapa
 ramai wanita sukar untuk hamil.
 Mungkin yang beranggapan bahawa keputihan
 adalah satu perkara yang biasa dialami oleh kaum wanita. 
Tetapi mereka silap!

Menurut Illinois Department of Public Health, 
bakteria yang menyebabkan
 keputihan itu mampu ‘menyerang’ tiub fallopio dan
 uterus seseorang wanita yang dijangkiti keputihan.
 Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada
 kesukaran untuk seseorang wanita
 yang dijangkiti keputihan untuk hamil.

Dalam istilah perubatan, perkara ini lebih dikenali sebagai
 “pelvic inflammatory disease (PID)”
…anda boleh bertanya lebih lanjut PID ini
 kepada doktor yang merawat anda. 
Selain itu, bakteria daripada jangkitan
 keputihan ini juga boleh menyebabkan 
kerosakan pada tiub follopio. 
Jika berlaku kerosakkan ini maka risiko untuk 
seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah tipis sekali. 
Antara langkah bijak yang perlu diambil
 segera adalah dengan menghalang keputihan ini daripada dijangkiti. 
Dan jika kita sudah dijangkiti keputihan, 
kita perlu merawatnya dengan kadar yang segera. 
Untuk mencegah keputihan daripada berlaku,
 kita boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut:-
 1) Tidak menggunakan pencuci vagina (douche)
 2) Sentiasa menukar seluar dalam dengan yang bersih 
3) Sentiasa bersih tangan sebelum menyentuh vagina 
4) Amalkan tidur yang cukup
 5) elakkan stress… 
Contoh di atas hanya sebahagian sahaja
 antara langkah untuk mengelakkan keputihan. 
Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mencegah
 dan merawat keputihan ini. 
Contohnya cara penggunaan antibiotik
 serta terapi alternatif untuk merawat keputihan.
Oleh itu segeralah merawat keputihan
 jika anda telah dijangkitinya,
 jangan anggap perkara ini remeh kerana
 kesannya ke atas kehidupan anda amatlah besar.

No comments:

Post a Comment