Bahana Facebook

Setiap lapisan masyarakat tidak kira muda atau yang sudah berumur, masing-masing mempunyai laman sosial facebook.

Kebanyakan mereka ingin mencari rakan-rakan sekolah yang telah lama terpisah dan membuat reunion semula. Bagi yang belum kahwin ia merupakan salah satu cara untuk mencari jodoh tetapi bagi yang telah berkahwin ianya boleh menyebabkan penceraian di mana suami atau isteri leka melayan kawan-kawan di facebook daripada melayan kehendak suami atau isteri. 

Selain itu, ada juga suami atau isteri kemaruk bercinta dengan kekasih lama yang tidak jadi pasangan hidup disebabkan oleh masalah-masalah tertentu.  Ada juga yang sanggup menunjukkan gambar-gambar yang sepatutnya kepada orang yang bukan berhak melihatnya. Alangkah sedihnya si suami atau isteri apabila terlihat gambar yang tidak sepatutnya di hantar kepada orang yang tidak berkenaan. Sedar atau tidak kita telah menyalahgunakan kemudahan yang serba canggih ini dengan menggunakannya ke jalan yang tidak elok. Apa salahnya sekiranya kita gunakan untuk menambahkan sumber pendapatan dengan mengiklankan produk-produk kita melalui gambar-gambar.

Laman sosial ini juga kadang-kadang buat kita leka berborak menyebabkan kita lebih mengutamakannya berbanding keje yang sepatutnya kita dahulukan.

2 comments:

  1. inilah bahana facebook.tapi semua orang masih gunakan laman facebook ni.
    :)

    ReplyDelete
  2. huhuu tahu xpe
    kalo laman sosial ni digunakan dengan cara yang betul ia akan lebih menyenangkan semua pihak

    ReplyDelete