keberkesanan penggunaan rotan dalam mendidik anak2

Sejauh manakah keberkesanan penggunaan rotan dalam mendidik anak2??????

Benarkah dengan menggunakan rotan anak2 akan lebih terbimbing dan mengikut sahaja peraturan ibu bapanya???

Pada pandangan aku, kalau penggunaan rotan diguna pakai masa umur anak2 tu dalam lingkungan 7 tahun ke atas mungkin ada rasionalnya tapi kalau nak diguna pakai dalam usia anak2 yang begitu muda aku rasa ibu bapa kena fikir banyak kali sebab anak2 masih xfaham fungsi rotan digunakan.Tak mustahil anak2 yang bawah lingkungan umur 4 tahun ke bawah akan bertanya rotan tu apa emak????

Kadang2 ada ibu bapa nak anak dieorang belajar dengan adanya rotan di sebelah tangan mereka..anak2 akan belajar kalau ada rotan..rotan pula juga boleh digantikan dengan penyangkut baju....patutkah dibiarkan apabila anak2 menangis apabila rotan digunakan???tidak menyesal kah kita apabila perkara yang tidak dijangka berlaku???

Tak mustahil anak2 akan mengalami trauma atau fobia apabila mereka melihat rotan atau penyangkut baju
berdasarkan pengalaman seorang guru yang mengajar kanak2 pendidikan khas, seorang kanak2 hiperaktif hanya akan berhenti berjalan dan duduk diam bila pandang penyangkut yang disangkutkan di hadapan pintu.hal ini kerana di rumah ayahnya menggunakan penyangkut baju dalam mendidik anak2...ini lah negatifnya penggunaan rotan tapi penggunaan rotan juga ada kebaikannya.

Kebaikannya, guru2 mengaji akan menggunakan rotan semasa mengajar mengaji.. Hal ini kerana anak muridnya dapat tangkap dan tidak berulang kali membuat kesilapan yang sama.

Akhirnya, sebelum menggunakan rotan untuk mengajar anak2 ibu bapa harus kenal pasti dan tahu apa minat anak kemudian baru lah tengok rasionalnya anda menggunakan rotan untuk mendidik..peneguhan positif dan negatif merupakan salah satu cara yang boleh diguna pakai dalam mendidik seperti memberikan pujian sekiranya anak2 menunjukkan prestasi yang memberansangkan dan sebaliknya memberikan peneguhan negatif seperti tidak membenarkan anak2 menonton televisyen pada masa yang telah ditetapkan atau tidak membelikan barangan yang disukainya...


2 comments: