Meninggal akibat tercekik susu

PUTRAJAYA: “Saya terkejut apabila pengasuh menghubungi kira-kira dua jam selepas menghantar anak ke pusat (asuhan) itu, memaklumkan anak saya yang berusia tiga bulan tidak sedarkan diri.
LAWAT...Muhammad Khairun (kanan) melawat pasangan Mohd Fairuz dan Haney Usniza yang kematian anak bongsunya, Farisha  kerana tersedak susu.
LAWAT...Muhammad Khairun (kanan) melawat pasangan Mohd Fairuz dan Haney Usniza yang kematian anak bongsunya, Farisha kerana tersedak susu.
“Saya bergegas ke rumah pengasuh dan dimaklumkan bayi dibawa ke Hospital Putrajaya dan apa yang menyedihkan, sebaik tiba di hospital, saya diberitahu anak tidak dapat diselamatkan dipercayai tercekik susu,” kata Haney Usniza Abdul Hamid, 30, ibu Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, yang meninggal dunia, Selasa lalu. Anak bongsu tiga beradik dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Presint 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Mengimbau semula kejadian tidak disangka itu, Haney berkata, dia menghantar anaknya ke pusat asuhan di blok sama berhampiran rumah, sebelum ke tempat kerja, kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, dia ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh jam 10.15 pagi memberitahu anak tidak sedarkan diri sebelum bergegas pulang. “Saya difahamkan, usaha dilakukan bagi menyelamatkan anak saya itu, tetapi tidak berjaya sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik susu,” katanya.

Haney yang masih bersedih dengan kejadian itu dikunjungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, semalam.

Bapa mangsa, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, dia sempat membawa anaknya itu beraya di kampung keluarga di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, bagi menemui saudara-mara.

“Bapa dan ibu saya serta mentua ceria menyambut kehadiran cucu baru mereka dan tidak menyangka Syawal disambut adalah Syawal pertama dan terakhir buat Farisha,” katanya.

Mohd Fairuz berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak kesayangan, dia dan isteri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu dan menganggapnya sebagai takdir Allah.

Menurutnya, dia dan isteri menghantar anak bongsu mereka ke rumah pengasuh, selepas tamat tempoh berpantang dan diberitahu pengasuh itu memiliki sijil latihan dan lesen.

“Saya juga diberitahu, pusat itu juga dikunjungi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.

“Pengasuh memberitahu saya bahawa dia memiliki pengalaman empat tahun dan menjaga lima lagi kanak-kanak lain,” katanya yang mengakui pengasuh itu mengemukakan permohonan maaf berkaitan insiden ituApa yang penting, Mohd Fairuz berkata, dia berharap kejadian sama tidak menimpa bayi dan kanak-kanak lain yang dijaga selepas ini. Jenazah Farisha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, Muhammad Khairun berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap operasi di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pusat asuhan itu mematuhi Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984.


erm bahayanya..banyak risiko

No comments:

Post a Comment