pembuangan bayi lagi????kenapa dan mengapa

PETALING JAYA: Satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas berwarna hitam di tebing Sungai Tambun dekat Kota Damansara di sini, hari ini.

"Tiga lelaki itu ternampak sebuah beg dalam keadaan mencurigakan dan bertindak memeriksanya sebelum menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat.


"Mayat bayi malang ini dibungkus dengan tuala dan kain hijau yang menyerupai kain digunakan di hospital untuk membalutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, polis akan menyiasat sama ada kain itu adalah milik mana-mana hospital untuk memastikan sama ada bayi itu dilahirkan di hospital.


Arjunaidi berkata, bayi itu, yang berkulit gelap, tidak mengalami kecederaan dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu dan mati sebelum dibuang di kawasan itu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam status di laman sosial Facebook berkata, ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di tebing sungai itu serta masih ada kesan najis bayi.

Sementara itu, seorang saksi Badrul Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Sungai Buloh berkata, dia dan dua lagi rakan terkejut apabila ternampak kaki bayi ketika membuka beg itu sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan di kondominium berdekatan.


"Ketika menjala ikan, kami ternampak beg itu dan berasa tidak sedap hati.


Ketika mahu pulang, rakan saya mengajak untuk memeriksa beg berkenaan.


"Bila kami buka, kami terkejut apabila sepasang kaki bayi menjulur keluar.


Kami lantas melaporkan pada pengawal keselamatan sebelum dia menghubungi polis," katanya.-Bernama

kenapa masih berlakunya ag kes buang bayi walaupun da masuk bulan yang mulia iaitu Ramadhan..kasihani la bayi tu jgan ia dibuang ditempat yang semabarangan..kenapa perlu dibuang sedangkan ia adalah dari darah dagingmu sendiri...wahai insan bergelar wanita bila janin tue berada di rahim kita secara tidak langsung naluri keibuan muncul dalam diri kita walaupun sebelum nie kita xpnah merasainya. jangan samapi kita menyesal dikemudian hari atas tindakan singkat yang kita ambil ketika nie..kasihani la bayi mu kerana kamu adalah ibu dan bayi tersebut anakmu.

3 comments:

  1. binatang pn syg kan anak, tp kita manusia....

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...makin parah laa institusi kekeluargaan a.k.a remaja skrg...
    betul tu gadis comel...haiwan pun sygkan anak dier...
    Nauzubillah...moga Allah menjauhi kita sume dr perkara yg dilaknatNya...ameen...

    ReplyDelete
  3. tu la pasal..erm pe erk cara yang terbaik atasi masalh nie..
    tapi kita sebagai masyarakat jgn cepat melenting jer

    ReplyDelete