Mayat bayi di pondok bas

Mayat penuh kesan lebam


REMBAU: “Sayu hati saya apabila kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa
 ketika saya memeriksanya,” kata seorang pengawal keselamatan
 yang menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun di sebuah 
pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi 
di Kampung Kundur Hilir, di sini, semalam.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di lokasi mayat kanak-kanak lelaki ditemui pagi semalam.



Menceritakan kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Som Adlan, 62, 
berkata, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja, 
namun perjalanannya disekat sekumpulan pelajar sekolah 
yang dalam keadaan cemas dan mereka memaklumkan ada 
kanak-kanak ditinggalkan di kerusi di pondok menunggu bas. 



“Saya terus ke pondok itu dan mendapati seorang kanak-kanak yang lengkap
 berpakaian dan dibalut dengan tuala berada dalam keadaan terbaring 
di atas kerusi. Selepas memeriksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.
 Saya kemudian memaklumkan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan
 Mizan Md Dom berkata, sepasukan polis menerima 
maklumat kejadian itu bergegas kelokasi untuk melakukan siasatan lanjut. 



“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia
 tidak lama sebelum dia ditemui pelajar di pondok menunggu bas itu. 



“Polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan
 belakang badan kanak-kanak itu,” katanya. 

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke 
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk 
bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 
Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai bunuh dan disiasat
 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
 hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 
“Polis juga meminta kerjasama mana-mana klinik swasta yang memberi rawatan 
kepada kanak-kanak berusia dalam lingkungan satu tahun yang mempunyai 
kesan kecederaan sedemikian supaya menghubungi
 polis untuk membantu siasatan,” katanya. 



kenapa lah wat macam ni kat anak sendiri..
.
.
sudah hilangkah perasaan keibuan dan kebapaan dalam diri kita
.
.
apa salah anak sehingga diperlakukan sebegitu....cuba kita renungkan bersama

1 comment: