KUALA LUMPUR : Kejam apabila seorang bayi perempuan yang 
masih mempunyai tali pusat serta uri ditemui mati dalam tong sampah 
di Flet Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul, malam kelmarin.
Pengutip terbabit terkejut sebaik membuka 
bungkusan apabila menemui satu objek menyerupai bayi. 
Selepas pasti ia adalah bayi, dia kemudian menghubungi polis.







Difahamkan, bayi itu mengalami kecacatan sumbing.








Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan 
awal mendapati mayat bayi terbabit cukup sifat dan dipercayai baru dibuang.








“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang dalam tempoh dua 
hingga empat jam sebelum ditemui pemungut barang lusuh terbabit.
 Daripada pengamatan kami, bayi itu berketurunan Melayu.

“Namun kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mendapatkan 
maklumat tambahan mengenai kes terbabit,” katanya semalam.







Menurutnya, orang ramai yang ada maklumat kejadian diminta 
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu
 tidak berperikemanusiaan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa itu.








Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan 
kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

ulasan yang dapat saya simpulkan daripada artikel niee..
kita sama2 amik iktibar daripada kejadian nie dan berusaha untuk menjauhinya.. 
oleh itu, kita harus sentiasa berwaspada.

mari kita sama2 tinjau kelakuan anak2 kite. mana yang slah
 kita cuba perbaiki dan terlalu cepat melenting...


jngan jadikan bayi nie mangsa

No comments:

Post a Comment