Botol rodok tunang

KUCHING: Angkara cemburu buta, seorang gadis bukan saja dipukul dengan tukul,malah kemaluannya turut dirodok dengan botol deodoran oleh tunangnya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua di sebuah rumah di Matang, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang bersendirian di rumahnya didatangi tunangnya, berusia lingkungan 20-an.

Difahamkan, pertemuan itu mencetuskan pertengkaran dipercayai berpunca 
daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit terhadap mangsa sebelum mengambil tukul dan membelasah mangsa.

Akibat perbuatan ganas itu, mangsa cedera hampir seluruh badannya, 
namun keganasan lelaki berkenaan tidak berhenti di situ apabila dia mengambil botol deodoran milik mangsa lalu merodok kemaluan wanita itu.

Selepas melihat mangsa dalam kesakitan, suspek melarikan diri. Mangsa menghubungi 
seorang ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

Mangsa yang ditemani beberapa anggota keluarganya dibawa mendapatkan
rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong 
ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian 
sebelum gerakan mencari suspek yang juga tunang kepada mangsa dijalankan.

“Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat namun polis sudah mengenal pasti identiti suspek,” katanya.



Erm takutnya bila berlakunya perkara cam nie..
padahal xkawin ag da pecah tembelang..issshhh
c.e.m.b.u.r.u???atau alasan jer

No comments:

Post a Comment