Badan Kecil Hajat Besar

BEIJING: Seorang lelaki China berusia 40 tahun bercadang mencatat namanya sebagai manusia paling kerdil di dunia.
MACAM BUDAK...saiz badan kecil, kepala botak dan sentiasa didukung ibunya menyebabkan Huang sering disalah sangka.
MACAM BUDAK...saiz badan kecil, kepala botak dan sentiasa didukung ibunya menyebabkan Huang sering disalah sangka.
PASANG IMPIAN...kematian pemegang rekod lama membuka peluang kepada Huang diiktiraf manusia terkecil di dunia.
PASANG IMPIAN...kematian pemegang rekod lama membuka peluang kepada Huang diiktiraf manusia terkecil di dunia.
Dengan ketinggian cuma 76 sentimeter, Huang Kaiquan, dari daerah Hejiang di Sichuan berharap kematian pemegang rekod terdahulu, He Pingping, 21, pada Mac lalu membawa tuah kepadanya. 

Huang - bermaksud abang pendek - mempunyai ketinggian hanya 1.4 sentimeter lebih berbanding He. 

Berat Huang yang hanya 12 kilogram menjadikan dia seperti budak berusia tiga tahun. 

Menurut ibu Huang, Cheng Fuxiu, anak keduanya itu dilahirkan pada Februari 1970 dan mengalami kecacatan walaupun semua ahli keluarganya normal. 

Anak pertama Cheng adalah perempuan. 

Disebabkan keadaannya itu, Huang terpaksa menjalani hidup dalam keadaan terbatas, tetapi pada masa sama, dia gembira kerana masih didukung ibunya walaupun kini sudah dewasa.

Kata Huang, Cheng sentiasa mendukungnya sejak kecil. 
“Semua kawan saya menjadi terlalu besar untuk didukung, tetapi saya tidak,” katanya.

Apabila berada di luar, kata Huang, kadang-kadang ada orang yang tersalah sangka dengan menganggap dia hanya anak patung.

Tambahan pula kepalanya kini mula botak.

“Kini saya kelihatan seperti bayi,” katanya.

Pernah menjadi pelakon sebelum bersara 10 tahun lalu akibat masalah kesihatan, Huang tinggal bersama Cheng, 58, di daerah barat daya China.

Kata Cheng, dalam usianya yang lanjut, dia masih mampu mendukung Huang.

“Semakin tua dia, semakin ringan badannya,” katanya.

Kata Cheng, ketika berusia tiga tahun dia mula mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya itu.

“Selepas mendapati dia tidak membesar lagi, kami membawanya berjumpa ramai doktor tetapi semuanya tidak mampu membantu.

“Ada orang kampung yang mencadangkan kami membiarkan saja Huang, tetapi itu mustahil dilakukan,” katanya.

Apabila Huang berusia enam tahun, Cheng mengalami lebih banyak kesukaran kerana suaminya pula meninggal dunia.

“Saya terpaksa bekerja keras mencari rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya.
- Agensi

No comments:

Post a Comment